 |
Gambar ini hanya hiasan semata-mata~ |
Anda tahu atau tidak? Kalau kita perhatikan, sebenarnya selawat mempunyai banyak hikmah jika diamalkan. Antara hikmah berselawat adalah seperti berikut :
1. Memperoleh limpahan rahmat dan kebajikan daripada Allah s.w.t.
2. Memperoleh kebajikan, mengangkat (meninggikan) darjat dan menghapuskan kejahatan dan kesalahan.
3. Memperoleh pengakuan kesempurnaan iman , jika kita membacanya 100 kali.
4. Menjauhkan kerugian, penyesalan dan digolongkan ke dalam golongan orang yg soleh.
5. Mendekatkan diri kepada Allah.
6. Mendapat ganjaran pahala seperti pahala memerdekakan hamba.
7. Dapat memperoleh syafaat.
8. Memperoleh penyertaan oleh malaikat Rahmat.
9. Memperoleh hubungan yg rapat dengan Nabi. Kerana seseorang yg selalu mengucapkan salam untuk Nabi, maka selawat dan salamnya itu disampaikan oleh malaikat kepada Nabi SAW.
10. Menghilangkan kesusahan, kegundahan dan melapangkan rezeki.
11. Melapangkan dada. Hal ini jika seseorang membiasakan membacanya sekurang-kurangnya 3 kali setiap hari.
12. Menggantikan sedekah bagi orang yg tidak sanggup bersedekah.
(golongan yg kedekut haji bakhil pasti akan mengambil kesempatan bila membaca point ini.. ;p)
13. Memperoleh lipat ganda pahala. Lebih-lagi jika seseorang memperbanyakkan membaca selawat pada hari Jumaat.
14. Mendekatkan kedudukan dengan Rasulullah pada hari kiamat.
15.Menyebabkan doa kita dapat diterima Allah.
(Insya'Allah..tapi segalanya masih bergantung juga pada kehendakNya)
16. Memenuhi satu hak Nabi, atau menunaikan suatu tugas ibadat.
Berikut adalah antara hadis-hadis yg menyebutkan tentang keutamaan berselawat kepada Nabi :
1. "Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat." (Riwayat Tabrani).
2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
4. Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).
5. "Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.”
(Riwayat Ibnu Murdawaih).
6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunianya. ”
(Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).
7. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).
8."Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku." (Riwayat Tirmizi).
Jadi, ringan-ringankanlah lidah kita untuk berselawat. Tak susah mana pun..
Kalau rasa lidah tu kejang sangat malas nak menyebut, baca dalam hati pun cukuplah~
Rasa terbeban ke??
Alahai..tak perlu pun nak bertapa kat gua sampai seminggu kalau nak menghafal selawat nabi.
Apatah lagi lafaz yg simple dan mudah seperti ini :
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.
Mudah kan? Tapi benda yg mudah dan senang tu la orang lagi MALAS DAN LIAT nak buat.
Tiba2 pula saya teringat cerita ustaz kat sekolah masa form 1 dulu.
Dia kata dia siap ada buku nota untuk tanda berapa banyak kali dia berselawat dalam sehari. Baca sekali : tick..
Baca dua kali : tick lagi..
Dia akan tick sampai cukup 100 kali kalau aku tak silap..
Hmm..itu pun saya tak mampu nak buat sedangkan banyak je masa terluang! ;p
Sebenarnya kalau nak diikutkan banyak lagi jenis selawat lain yg elok dibaca dan dijadikan amalan. Mungkin pada entry masa2 hadapan aku akan berkongsi lagi.. Insya'Allah~
Baiklah, sekian dari aku. SELAMAT BERAMAL YE~